Banner 1

Personal Data Protection Notice

Personal Data Protection Notice
 
This Personal Data Notice (“Notice”) describes how Skrine (a partnership incorporated under the laws of Malaysia with its place of business at Level 8, Wisma UOA Damansara, 50, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur) uses your Personal Data.

By engaging Skrine to provide services or by interacting with Skrine either at our events, conferences, seminars, talks or otherwise, or by using the Skrine website http://www.skrine.com (“Website”), you consent to the processing of your Personal Data by Skrine and all persons involved in the provision of services by Skrine.

In the event of any conflict between the English and other language versions, the English version shall prevail. Skrine shall have the right to modify, update or amend the terms of this Notice at any time by placing the updated Notice on the Website. By continuing to communicate with Skrine or by continuing to use Skrine’s services following the modifications, updates or amendments to this Notice, this shall signify your acceptance of such modifications, updates or amendments.
 
Collection of Personal Data

1. “Personal Data” means information about you which you have provided to Skrine, such as your name, address, telephone number, identification card number, email address, your personal preferences, particulars of your spouse or family members, and bank account information and any information which may identify you, your spouse or family members that has been or may be collected, stored, used and processed by Skrine from time to time.

2. In addition to the Personal Data you provide to Skrine directly (i.e. during your communications with Skrine and/or when you engage Skrine to provide services), Skrine may also collect your Personal Data from a variety of sources, including without limitation at any events, conferences, seminars or talks organised or sponsored by Skrine and/or from the cookies used on the Website.

3. The provision of your Personal Data is voluntary. However, if you do not provide your Personal Data, Skrine may not be able to (i) communicate with you; (ii) provide you the services you require; or (ii) access certain sections of the Website where log in is required.

Purposes of Processing

4. Skrine may use and process your Personal Data for the purposes relating to the services you have requested and for the business activities of Skrine which shall include, without limitation:-

(a) to communicate with you;
(b) to respond to questions and comments from you;
(c) for internal administrative purposes;
(d) to provide information to regulatory and governmental authorities in order to comply with statutory and government requirements, including disclosure to the Unclaimed Money Management Division of the Accountant General’s Department of Malaysia (“AGD”) of your information as required pursuant to the Unclaimed Moneys Act 1965 and its attendant regulations in the event of any unclaimed monies on your part;
(e) for Skrine to comply with its obligations under law, including compliance with laws relating to evidence;

and you agree and consent to Skrine using and processing your Personal Data in the manner as identified in this Notice. 

Other purposes 

5. Skrine may also use and process your data for other purposes such as:-

(a) to send you materials such as newsletters, articles, write-ups as well as other updates;
(b) to distribute information or details of events, seminars, conferences and talks which may of interest to you;
(c) to send as potential referees to (i) editors/researchers in ranking legal publications and journals; (ii) potential clients who request for referees of past work in requests for proposals, tenders, submissions;

by way of email or mail.

6. If you do not consent to Skrine processing your Personal Data for the purposes listed in Section 6, please notify Skrine using the contact details stated in Section 11 below.

Disclosure to Third Parties, and Transfer of Personal Data out of Malaysia

7. As Skrine's information technology storage facilities and servers may be located in other jurisdictions, your Personal Data may be transferred to, stored, used and processed in a jurisdiction other than Malaysia. Further, your personal data may be transferred out of Malaysia for the purposes as described in Section 5(c) where such ranking legal publications and journals and/or potential clients are located outside of Malaysia. You understand and consent to the transfer of your Personal Data out of Malaysia as described herein.

8. Skrine may engage other companies, service providers or individuals to perform functions on Skrine’s behalf, and consequently may provide access or disclose to your Personal Data to the following third parties (who may be located outside of Malaysia and/or use and process your Personal Data outside of Malaysia) (not exhaustive):

(a) information technology (IT) service providers;
(b) data entry service providers;
(c) storage facility providers;
(d) banks and financial institutions;
(e) insurance providers;
(f) any professional advisors and external auditors;
(g) regulatory and governmental authorities in order to comply with statutory and government requirements, including to the AGD for the purposes as described in Section 4 above.

Security of your Personal Data
 
9. We are committed to maintaining the security of your Personal Data in accordance with the data security requirements under the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), as well as our internal policies.
 
Retention Period
 
10. We process your Personal Data only for as long as necessary to fulfil the purposes stated above, and thereafter for as long as we are required to do so under the relevant statutory limitation periods, applicable laws and regulations, as well as our internal policies. Where the Personal Data is no longer required for the purposes stated above or the relevant legal requirements, we will delete the personal data.
 
Access & Correction Requests and Inquiries

11. Subject to any exceptions under applicable laws, you may at any time hereafter request: (i) for access to your Personal Data (ii) for correction or rectification of your Personal Data; (iii) to limit the processing of your Personal Data; or (iv) to seek further information from Skrine regarding the processing of your Personal Data by contacting:- 

Jillian Chia
Data Protection Officer

Level 8, Wisma UOA Damansara, 
50, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
Email:  dpo@skrine.com 
Telephone No.: +603 2081 3999 Facsimile No.: +603 2094 3211 

12. In respect of your right to access and/or correct your Personal Data, Skrine has the right to refuse your requests to access and/or make any correction to your Personal Data for the reasons permitted under law, such as where the expense of providing access to you is disproportionate to the risks to your privacy. 

MALAY
 
Notis Perlindungan Data Peribadi
 
Notis Data Peribadi ini ("Notis") menerangkan bagaimana Skrine (sebuah firma perkongsian yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat perniagaannya di Tingkat 8, Wisma UOA Damansara, 50, Jalan Dungun, Damasara Heights, 50490 Kuala Lumpur) menggunakan Data Peribadi anda.

Dengan melantik Skrine untuk menyediakan perkhidmatan atau dengan berhubung dengan Skrine sama ada di acara, persidangan, seminar, ceramah atau selainnya, atau dengan menggunakan laman web Skrine http://www.skrine.com ("Laman Web"), anda bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Skrine dan semua individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh Skrine.

Jika terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi dalam bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Skrine berhak mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan memaparkan Notis yang telah dikemas kini di Laman web. Dengan terus berkomunikasi dengan Skrine atau terus menggunakan perkhidmatan Skrine selepas sebarang pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut. 

Pengutipan Data Peribadi

1. “Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda yang telah anda berikan kepada Skrine, seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, pilihan peribadi anda, butir-butir pasangan atau ahli-ahli keluarga anda, maklumat bank akaun, dan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan anda, atau ahli-ahli keluarga anda yang telah atau akan dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Skrine dari semasa ke semasa. 

2. Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Skrine secara langsung (contohnya apabila anda berkomunikasi dengan Skrine, apabila anda melantik Skrine untuk menyediakan perkhidmatan atau semasa mengemukakan borang pemohonan, ‘curriculum vitae’ dan resume anda), Skrine juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana acara, persidangan, seminar atau ceramah yang diatur atau ditaja oleh Skrine dan/atau daripada kuki yang digunakan di Laman Web. 

3. Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberi Data Peribadi anda, Skrine mungkin tidak dapat i) berkomunikasi dengan anda; ii) menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan; (iii) mengakses bahagian tertentu pada Laman Web sekiranya log masuk dikehendaki; atau (iv) memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berkaitan dengan mana-mana peluang latihan amali, latihan dalam kamar atau penggajian dengan Skrine. 

Tujuan Pemprosesan 

4. Skrine boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta, serta untuk aktiviti-aktiviti perniagaan Skrine termasuk, tanpa had:- 

(a) Untuk berkomunikasi dengan anda;
(b) Untuk menjawab soalan-soalan dan ulasan anda;
(c) Untuk menilai kesesuaian anda untuk latihan amali, latihan dalam kamar atau penggajian;
(d) Untuk tujuan pentadbiran dalaman;
(e) Untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan, termasuk pendedahan maklumat anda kepada Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (“AGD”) seperti yang dikehendaki menurut Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan peraturan-peraturannya sekiranya terdapat apa-apa wang yang tidak dituntut oleh anda;
(f) Untuk Skrine mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang. 

dan anda bersetuju serta mengizinkan Skrine untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda mengikut cara sebagaimana yang dikenalpasti dalam Notis ini.  
 
Tujuan Selainnya 

5. Skrine juga boleh menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan selainnya seperti:- 

(a) Untuk menghantar bahan-bahan kepada anda seperti surat berita, artikel, penulisan, serta pengemaskinian yang lain;
(b) Untuk mengedar maklumat atau butir-butir acara, seminar, persidangan dan ceramah yang mungkin anda minati;
(c) Untuk menghantar sebagai calon perujuk kepada (i) editor/penyelidik penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf; (ii) pelanggan berpotensi yang meminta perujuk untuk kerja terdahulu dalam permohonan untuk cadangan, tender, penyerahan;

melalui e-mel atau mel.

6. Jika anda tidak bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 5, sila maklumkan kepada Skrine menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 11 di bawah. 
 
Pendedahan kepada Pihak Ketiga, dan Pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia

7. Oleh sebab kemudahan penyimpanan teknologi maklumat dan pelayan Skrine mungkin terletak di bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses di bidang kuasa selain daripada Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke luar Malaysia untuk tujuan yang diperihalkan dalam Seksyen 5(c) di mana penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf dan/atau pelanggan-pelanggan berpotensi berada di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju untuk pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang diperihalkan di sini. 

8. Skrine mungkin melantik syarikat, penyedia perkhidmatan atau individu lain untuk menjalankan fungsi bagi pihak Skrine. Oleh it, Skrine mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga berikut (yang mungkin terletak di luar Malaysia dan/atau menggunakan dan memproses Data Peribadi anda di luar Malaysia) (tidak terhad): 

(a) Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT);
(b) Penyedia perkhidmatan kemasukan data;
(c) Penyedia kemudahan simpanan;
(d) Bank dan institusi kewangan;
(e) Penyedia insurans;
(f) Sebarang penasihat profesional dan juruaudit luar;
(g) Pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan, termasuk Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 di atas.

 Keselamatan Data Peribadi Anda
 
9. Kami komited untuk mengekalkan keselamatan Data Peribadi anda selaras dengan keperluan keselamatan data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), serta dasar dalaman kami.
 
Tempoh Penyimpanan
 
10. Kami memproses Data Peribadi anda hanya selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, dan selepas itu selama mana yang dikehendaki mengikut tempoh had undang-undang yang berkaitan, undang-undang dan peraturan yang terpakai, serta dasar dalaman kami. Sekiranya Data Peribadi tidak lagi diperlukan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas atau keperluan undang-undang yang berkaitan, kami akan memadamkan Data Peribadi tersebut.
 
Akses & Permohonan Pembetulan dan Pertanyaan

11. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon akses kepada,  atau untuk pembaikan dan pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau memohon maklumat lanjut berkenaan pemprosesan Data Peribadi anda daripada Skrine dengan menghubungi:- 

Jillian Chia
Pegawai Perlindungan Data
Tingkat 8, Wisma UOA Damansara, 
50, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
Email: dpo@skrine.com 
Telephone No.: +603 2081 3999 Facsimile No.: +603 2094 3211  

12. Mengenai hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Skrine berhak menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan oleh undang-undang, contohnya jika kos yang terlibat dalam pemberian akses tidak seimbang dengan risiko terhadap privasi anda.